MOTTO MDKA

BERSAMA MENYELAMI KEHEBATAN ALAM SEMULAJADI DAN BUATAN MANUSIA

Nuffnang Ads

27 November 2011

PEMBUKTIAN HADIS RASULULLAH BERKENAAN SAYAP LALAT BERACUN & BERPENAWAR [MAKALAH 2]


"Khalid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Bilal menceritakan kepada kami, beliau berkata: 'Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahawa beliau berkata:' Ubaid bin Hunain mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau berkata: Aku mendengar Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang daripada kamu, maka celupkanlah lalat itu lalu angkatlah (buanglah) ia kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap satunya lagi terdapat pula penawarnya."

Ramai yang menolak dan mengingkari hadis ini dengan alasan menyalahi realiti dan ilmu perubatan. Benarkah sedemikian?

Kepada para penafian hadîs berkenaan kes lalat ini, artikel ini merupakan sebuah bukti bagaimana kebenaran Nabi Allah Muhammad SAW, dan bagaimana mukjizat beliau akhirnya terkuak oleh ilmu sains dan pengetahuan moden pada zaman sekarang. 

Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Sains, Universiti Qashim, Kerajaan Arab Saudi bersama beberapa penyelidik muda yang terdiri daripada: 
  1. Sami Ibrâhîm at-Tailî 
  2. 'Dil' Abdurrahman al-Misnid 
  3. Khâlid Dza'âr al-Utaibi 
Yang dibimbing oleh Dr. Jamal Hamid, dan dikoordinasi oleh DR.Shâlih ash-Shâlih (seorang da'i terkenal di Eropah), telah melakukan kajian berkenaan analisa mikrobiologi tentang sayap lalat. Laporan ini telah mereka presentasikan ke dalam "Student Research Seminar" di Universiti Qashim, KSA. 

Kaedah yang mereka gunakan adalah cukup mudah, iaitu dengan mengkultivasi (menumbuhkan) air steril yang telah dicelupi oleh lalat ke media Agar [media yang berasal daripada musilaginosa kering yang diekstrak dari ganggang mereh, yang mencari pada suhu 100 ° C dan menjadi padat pada suhu 40 ° C yang tidak boleh dicerna oleh mikrob] lalu mereka mula mengenalpasti mikrob apakah yang wujud di dalam air yang telah dicelupkan dengan lalat berkenaan. 

Terdapat beberapa spesis alat yang digunakan dalam eksperimen ini, dan sampel yang digunakan untuk setiap spesis lalat tersebut terdiri daripada dua sampel, iaitu: 
  1. Sampel air steril di mana lalat dimasukkan sehingga hanya pada bahagian sayap lalat sahaja.
  2. Sampel air steril yang dimasukkan lalat yang dicelup keseluruhan tubuhnya. Semua ini dilakukan secara aseptis (bebas mikrob) di bilik khas, untuk menghindarkan terjadinya pencemaran luar yang akan menjadikan hasil kajian menjadi tidak jitu.
Setelah itu, sampel air tersebut akan dikultivasi ke media Agar dan diinkubasi selama beberapa hari sehingga kultur (pembiakan) mikrob mula wujud dan tampak secara jelas. Hasil kultur mikrob tersebut akan dikenalpasti untuk mengetahui jenis mikrob berkenaan. Berikut ini adalah hasil kajiannya: 

Spesies Lalat A 

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air). 

Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.


Hasil Penelitian: 
Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis E. Coli, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1, pada mulanya kelihatan terdapat pertumbuhan koloni kecil jenis E. Coli, namun pertumbuhannya telah dibantutkan oleh sejenis mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces yang dapat menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungi. 

Spesies Lalat B

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air). 

Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.


Hasil Penelitian: 
Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Coynobacterium dephteroid, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1, didapati juga telah ditumbuhi sejenis mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces yang menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotic yang dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi untuk melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungi. 

Spesies Lalat C 

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air). 

Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.


Hasil Penelitian: 
Pada cawan petri 2, setelah diselidiki ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Staphylococcus sp, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1, telah didapati ditumbuhi oleh sejenis mikroorganisme yang dikenalpasti sebagai bakteria Actinomyces yang mampu menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungi. 

Keputusan yang serupa juga diperolehi untuk jenis lalat lainnya yang banyak mengandungi bakteria patogen Salmonella sp. dan Proteus sp. yang kemudian dibantutkan pembiakkannya oleh kehadiran mikro organisme Actinomyces. 

Kesimpulan:
Kemasukan lalat pada air minuman kemudian ia dicelup sehingga tenggelamnya tubuh lalat tersebut ke dalam air ternyata memberikan hasil yang berbeza yang secara signifikannya, kajian ini telahpun membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, bahawa pada sayap lalat itu terdapat penyakit dan juga penawarnya.   

Subhanallah, 14 abad yang lalu, seseorang boleh memberikan maklumat seperti ini tanpa ada penyelidikan. Masihkah ada yang cuba menafikan kerasulan Baginda?? 

Maha benar Allah dan Maha benar Rasulullah SAW yang menjadi penyampai wahyu-Nya.

Sumber: answering.wordpress.com/2011/02/06/sebuah-eksperimen-tentang-keajaiban-hadits-lalat/

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila Rujuk Pautan Di Bawah Untuk Membaca Makalah Pertama:



My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com

Comments
0 Comments

0 Ulasan Balas:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Penerangan Matlamat Blog MdKA~

Ini adalah sebuah laman Blog bagi peminat² gambar, video dan rencana aneh, unik, misteri, ajaib, pelik dan pelbagai lagi kata² yang menggambarkan ketidak normalan dan ketakjubkan sama ada ia adalah sebuah rekaan grafik komputer, rakaman atau tangkapan gambar yang HOAX atau ia sememangnya sebuah kebenaran yang aneh bin ajaib.

Blog ini ditubuhkan untuk masyarakat Nusantara serta komuniti yang memahami Bahasa Melayu bagi berkongsikan keajaiban alam serta misteri disebaliknya.

Namun pasti ada sesetengah maklumat yang dipaparkan di blog ini seolah² ia adalah fakta namun hakikatnya ia hanyalah sebuah HOAX atau sebuah rekaan cerita yang tidak berasas atau berlaku kesilapan penafsiran kerana setiap maklumat yang dipaparkan di sini adalah 100% diambil dari internet secara rawak. Untuk permasalahan ini sama²lah kita menilai pada pandangan ilmiah kita sendiri, jika benar kita ambillah, jika tidak maka anggaplah ia hanya sekadar perkongsian biasa dan digalakkan juga anda untuk sama² memberikan komen berdasarkan ilmu anda agar laman blog ini juga menjadi wadah pengajian am dan bukan sekadar medium bacaan biasa sahaja tanpa sebarang ilmu yang bermanfaat dan berguna didalamnya. InsyaAllah.
"Sebagai pembaca wajar kita juga menjadi seorang 'PEMIKIR', bukan hanya menerima bulat² sesuatu penulisan itu kerana barangkali terdapat kepincangan fakta di dalam penulisannya yang penulis itu sendiri tidak menyedari kesilapan fakta yang diperolehinya"; Mazz Mohaimon Abdul Kadir

Jemput Rakan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More